Tidak banyak yang mampu diceritakan di dalam bab kedua ini. Semuanya rutin yang sama. Jam 5 pagi, nyai akan mengejutkan seisi rumah untuk bersahur. Setelah itu solat Subuh berjemaah di masjid. Pada malamnya pula solat terawih di masjid jika tidak bertugas. Itu sahaja rutin yang mampu saya buat.
Terasa diri ini lemah. Terasa kerugian. Sewaktu di kampus dahulu, saya mampu melakukan lebih daripada ini. Adakah ini merupakan tanda-tanda penuaan? Semangat memudar. Begitu juga ingatan.
Saat yang lain-lain meratap mengharapkan pengampunan-Nya, kadang-kadang saya masih mampu tertawa dengan senda-gurau yang berpanjangan. Seolah-olah tiada salah yang pernah saya lakukan.
Mungkinkah saya sudah dijangkiti penyakit nyanyuk?
1 comment:
manusia berubah, itu hakikat.
cumanya jadikan panduan 5 sblm 5. jadikan itu sbg guideline. :)
Post a Comment