Monday, July 1, 2013

Entri Pertama 2013

Assalamualaikum... Sudah agak lama saya meninggalkan blog ini. Alangkah terkejutnya saya apabila dibuka semula, blog ini sudah mempunyai 12 pengikut. Terima kasih kerana mengikuti blog ini walaupun sudah lama tidak dikemaskini. Kesibukan adalah alasan yang paling utama dapat saya utarakan. Saya sibuk kerana si kecil di dalam gambar ini. Sibuk menanti kelahirannya. Sibuk mengurus kelahirannya. Sibuk melihat proses perkembangannya.
Saat-saat kesibukan itu merupakan saat-saat terindah di dalam hidup saya. Tidak tergambar segala-galanya pada rantaian aksara papan kekunci walaupun perasaan itu ternyata memenuhi seluruh ruang dan juga liang di dalam diri saya. Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.