
Langit yang terbuka luas segala pintu syurga. Yang tertutup padanya segala pintu neraka. Tatkala doa-doa orang yang ikhlas terus sampai ke langit. Allhumma inna ka 'affuwwun tuhibbul afwa fa'fuanna. Allahumma inna ka'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fuanna. Allahumma inna ka 'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fuanna.
Saya mendongak ke langit. Tidak puas melihat keajaiban alam itu. Keajaiban yang membuatkan diri ini terasa amat kerdil. Amat berdosa. Terlalu banyak khilaf yang dilakukan sama ada sedar atau tidak. Namun, masih dikurniakan mata untuk melihat kebesaran-Nya. Masih diberikan nafas. Masih diberikan nyawa dan kudrat. Hidup yang bersisa untuk benar-benar mengabdikan diri kepada-Nya.
Langit itu ditenung lagi. Mengharapkan rahmat dan hidayah-Nya melimpahi hati ini. Seumpama cahaya bulan yang mulai mendekati purnama. Supaya hidup ini terpandu. Umpama si bintang tiga beradik menjadi peta langit yang mengelakkan kita dari tersesat.
Hidup ini begitu indah. Tetapi keindahan itu sementara cuma. Hidup ini adalah pengangkutan. Kerana kita semua sedang menuju destinasi abadi. Destinasi yang lebih indah.
Allhumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika minannar.
No comments:
Post a Comment