Tuesday, September 28, 2010

Hari Ke-30: Kejutan

Cuti sudah disahkan. Tiket kapal terbang juga sudah dibeli. Hanya menunggu masa sahaja untuk pulang ke kampung. Sayangnya, saya terpaksa menunggu beberapa hari setelah hari raya untuk berbuat demikian. Apa boleh dibuat? Beginilah nasib hidup di perantauan.
Setelah pulang daripada kerja, saya merebahkan diri di atas katil. Tergerak pula di hati saya untuk menjengah seketika laman FB saya. Berantai-rantai ucapan selamat hari raya telah saya terima. Ada juga yang menghantar kad raya maya sebagai pengganti diri. Namun, ada suatu kejutan yang telah saya terima.
Adik saya telah menulis pos di dinding FB saya yang mengatakan bahawa mereka sekeluarga akan datang beraya ke sini! Hati saya melonjak-lonjak kegirangan. Lafaz syukur saya lantunkan kepada-Nya kerana mengurniakan kegembiraan di hari raya nanti.
Sungguh, nikmat yang diberi tidak terkira. Nikmat diberi walau tidak diminta. Telapak tangan ditadah agar tidak dijadikan sebagai manusia yang alpa. Menikmati segala pemberian tetapi kufur dengan nikmat-Nya.
Amin.
Ramadhan akhirnya melabuh tirai. Ummi, Abi dan adik-adik telah sampai ke sini dan kami sempat berbuka bersama-sama. Hari yang cukup menggembirakan. Saat yang penuh bermakna. Namun, di sebalik kemenangan itu, hati masih berdebar-debar. Selesai sudah 30 hari Madrasah Ramadhan, namun apa pula keputusannya? Masihkah saya berada di tampuk lama?

Wednesday, September 22, 2010

Resident Evil: Afterlife

This is the first movie I watched more than a month after the last one. Back to cinema, back to business, back to reviewing movie.

I chose not to watch the 3D version of the movie so that I won’t be drown into the excitement of watching things popped out of the screen. Such excitement shall blind my judgment.

I believed I made the right choice.

Storyline wise, it was quite straightforward. The only unexpected twist happened after the show comes to an end. There's a shocking revelation. My advice, do not leave your seat immediately after the show ends. Wait and you shall be surprised of what comes next.

The action was cool. Well, with Milla Jovovich and Ali Larter kicking zombies’s a***s, I had no complain about it. Love the action since the first movie.

The shock element put inside was electrifying. In few occasions, a fellow viewer sitting beside me jumped off his seat. I found it very hilarious. I could feel my seat shaking.

Compared to its game franchise however, the movie franchise is less scary. It didn’t have the goosebumps effect that makes us want to close our eyes while still watching it.

For the franchise’s lovers and admirers, watching this movie is worthwhile. But, if you do not want your judgment to be clouded, please watch the normal one.

Friday, September 17, 2010

Hari Ke-29: Muncul Akhirnya

Jikalau di kampung, saat-saat ini, orang-orang sudah bersedia menanti di hadapan peti televisyen menanti pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kalau nampak anak bulan pada malam ini, maka bermakna 1 Syawal akan jatuh pada esok hari. Maka, esoklah raya. Walaupun dewasa ini, anak bulan agak segan untuk memunculkan dirinya namun, debaran menanti pengumuman itu adalah sesuatu yang amat nostalgik.
Pada malam ini, saya bertugas bersama-sama rakan-rakan sekerja yang lain. Berdasarkan perkiraan, hari raya akan jatuh pada hari Jumaat yang kebetulan jatuh pada hari kelepasan kedua syif kami. Alhamdulillah, dapat juga beraya pada tahun ini. Bagi yang bernasib baik di dalam cabutan undi cuti raya, cuti mereka dilanjutkan sehingga ke hari Sabtu dan Ahad. Para NSF seperti saya pula kurang bernasib baik kerana tidak dibenarkan mengambil cuti pada hari Sabtu dan Ahad kerana kekurangan tenaga kerja.
Bagaimanapun, kami tidak boleh merungut kerana kami tetap diberi peluang untuk bercuti dengan syarat kami dapat mencari pengganti dari pasukan lain untuk kedua-dua hari tersebut. Kami memilih untuk tidak mencari pengganti.
Saya sudah mengagak akan berhadapan dengan situasi seperti ini. Oleh itu, saya telah memilih untuk mengambil cuti pada syif yang seterusnya. Dengan itu dapatlah saya pulang ke kampung beraya bersama-sama keluarga tanpa perlu berebut dengan orang lain ataupun perlu mencari pengganti.
Saya amat bersyukur kerana cuti saya diluluskan. Di dalam fikiran saya berangan-angan memakai baju melayu dengan kain sampin sambil menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung.
Oooo... balik kampung. Oooo.. balik kampung. Oooo... balik kampung. Hati girang.

Hari Ke 26-28: Tiga Hari Biasa Yang Luarbiasa

Semakin menghampiri penghujung, semakin kerap saya mendongak ke langit. Akhirnya, setelah 26 hari, pada malam ke-27, saya berupaya merasainya. Manik-manik jernih menitis, mengingati kekotoran yang melekat di dalam hati ini. Saya terasa kotor. Jijik.
Kemudian, hati bergetar saat mengalun surah al-Waqiah di dalam tahajjud. Makin galak manik-manik jernih itu menitis. Sungguh luarbiasa sekali rasanya. Seolah-olah neraka itu terlalu dekat dengan diri ini. Neraka yang bahan bakarnya daripada batu dan manusia. Terbayang kengerian apabila mengingati bahawa kekotoran yang tidak dibersihkan mungkin akan menjadikan saya salah satu daripada bahan api itu.
Segala sendiku longlai. Hampir saya terjelepuk tatkala menyedari diri ini dikelilingi dengan noda. Sampai ke satu tahap, lidah ini merasa tidak sanggup lagi untuk meneruskan bacaan surah di dalam solat.
Ya, Tuhan ampunilah dosaku. Lindungilah aku daripada mengulangi kesilapan yang bisa mendatangkan kembali kekotoran yang sama. Kotor yang bermula dengan satu bintik hitam. Supaya yang satu itu terpadam dan tidak menjadi dua. Yang dua itu tidak pula menjadi berganda-ganda.
Luarbiasa. Sungguh luarbiasa.

Hari Ke-25: Luarbiasanya

Kesibukan yang dialami mendatangkan kepenatan yang tidak terperi. Memang sibuk yang luar biasa. Bermula daripada waktu mengambil alih tugasan sehinggalah kepada menyerahkan tugasan segala tulang-belulang terpaksa dikerah sepenuhnya sehingga ada yang mula mencuka kerana merasai tekanan.
Saya juga tidak terkecuali sehingga ditegur sebelum dimarahi oleh pegawai atasan kerana mengulangi kesilapan yang sama. Apalah nasib?
Namun, bukan itu yang mahu saya ceritakan. Kepenatan, tekanan dan kesibukan adalah lumrah tugasan. Sekali-sekala pasti ada yang terguris. Yang menjadi kegelisahan adalah jumlah orang yang masuk ke dalam tahanan di hujung-hujung bulan Ramadhan ini.
Semalam begini. Hari ini juga begini. Sedih apabila melihat anak bangsa sendiri meringkuk di sebalik jeriji. Namun, apakan daya? Inilah jalan yang mereka pilih.

Monday, September 13, 2010

Hari Ke-24: Luarbiasa

Tatkala saya sedang mencari tanda-tanda kehadiran Lailatulqadr, sesuatu yang agak luar biasa telah berlaku. Orang yang ditangkap kerana disyaki melakukan jenayah terus-terusan datang sehingga menguji kesabaran dan keimanan. Tambahan pula, kesalahan yang dilakukan kebanyakannya sama. Semakin hampir ke garisan penamat, semakin ramai pula yang membuat onar. Agak menyedihkan apabila yang melakukan onar itu kebanyakannya ada 'Bin' atau 'Binti'. di tengah-tengah nama mereka. Apa nak jadi?
Walaupun kita semakin hampir mengucap selamat tinggal Ramadahan, harus diingat bahawa ketika ini syaitan masih dibelenggu. Ini bermakna syaitan-syaitan itu sedang tertawa sekarang kerana di neraka kelak mereka sudah ada pewaris yang nyata.
Haruskah Ramadhan sebenarnya begini?

Thursday, September 9, 2010

Hari Ke-23: Tanda

Apabila berjalan dari rumah ke masjid yang berdekatan, saya sering mendongak ke langit. Tidak kira waktu pergi atau pulang, perkara tersebut seolah-olah sudah menjadi satu tabiat kepada saya apabila tiba bulan Ramadhan. Kadang-kadang saya mengira bintang di langit. Kadang-kadang terpesona dengan terangnya bulan. Kadang-kadang saya mencari tanda kehadiran Laila.
Teringat saya kisah-kisah pernah diceritakan kepada saya tentang gelagat manusia mencari Laila. Ada di antaranya yang bisa mencuit hati. Ada yang bercerita tentang kisah pokok-pokok bersujud pada suatu malam. Ada pula yang pintu rumahnya diketuk dan diberi salam tetapi apabila dibuka pintu tiada sesiapa di situ. Apa jua kisah yang diwar-warkan, kebanyakan mereka hanya menyedari apabila Laila sudah berlalu. Lalu mereka akan berkata, "Rasa-rasa macam semalam?"
Maka, masing-masing mula berkongsi cerita. Adakah mereka melalui pengalaman yang sama? Adakah anda merasa apa yang saya rasa pada malam semalam? Mereka berbincang dan mencari-cari sebarang titik temu. Akhirnya, mereka berpuas hati dengan hasil perbincangan tersebut. Beruntunglaj mereka yang tidak lupa memperbanyakkan ibadat pada malam tersebut. Ganjaran satu malam berganda menjadi seribu bulan. Baarakallahufikum.
Secara peribadi, saya belum pernah melihat pohon-pohon bersujud dengan mata kasar saya. Pintu rumah saya juga tidak pernah diketuk atau diberi salam tatkala sedang bertahajud. Biasanya, apa yang berlaku adalah, ada satu malam di mana saya berasa benar-benar malas untuk bangun malam. Hati ingin bangun tetapi rencana itu ditangguh-tangguh hingga terlelap semula. Apabila celik mata, sedar-sedar tinggal beberapa minit lagi azan Subuh! Lewat pagi kemudian, terdengarlah perbincangan-perbincangan yang saya sebutkan tadi.
Hati bergetus, "Sudah lepaskah?"
Saat itu hati mula merasa sesal yang amat sangat.
Itulah yang sering berlaku kepada saya pada Ramadhan-Ramadhan yang telah lepas. Tahun ini, perkara tersebut belum terjadi lagi. Mungkinkah saya masih berpeluang? Laila oh Laila...

Tuesday, September 7, 2010

Hari Ke-22: Seks

Seorang rakan bukan Muslim pernah bertanya, "Bulan puasa boleh melakukan seks atau tidak?"
Tanpa berfikir lebih panjang, saya menjawab, "Boleh. Jika dilakukan pada malam hari."
Dia bertanya lagi, "Adakah perkara tersebut dibolehkan untuk semua orang?"
Sekali lagi, tanpa berfikir panjang saya menjawab, "Untuk suami isteri, mereka boleh bersama pada malam hari di dalam bulan Ramadhan."
Kemudian, rakan saya itu tersengih-sengih bagai kerang busuk.
"Kalau bukan suami isteri bagaimana?"
Saya terkedu seketika. Seolah-olah saya telah terjerat dengan jawapan yang telah saya berikan. Di dalam fikiran saya, saya berkira-kira ke mana perbualan ini akan dibawa.
Akhirnya, saya menjawab, "Kalau bukan suami isteri, tidak kira siang atau malam, tidak kira bulan Ramadhan atau tidak, perbuatan tersebut adalah dilarang."
"Kira haramlah, ya?"
Saya mengangguk-angguk.
"Tapi, saya tengok ramai sahaja orang yang buat. Maksud saya, orang Islam yang buat benda tu."
Saya terdiam seketika. Saya sudah mengagak perbualan ini akan sampai ke tahap ini jua. Lalu, secara berseloroh saya membalas, "Awak tengok? Ish, haram tu!"
Rakan saya itu terkekek geli hati. "Bukan begitu. Saya ini sudah berkahwin. Saya tahulah kalau seseorang itu ada melakukan seks. Tambah-tambah lagi kalau mulut sendiri yang bercerita."
Saya hanya tersenyum. Fikiran saya cuba mengagak siapalah orang Islam yang dimaksudkan itu.
"Yang peliknya, orang itu berpuasa."
"Entahlah. Hak itu biarlah diuruskan antara dirinya dengan Tuhan."
Perbualan kami terhenti di situ. Fikiran saya mulai menerawang. Teringat akan sebuah hadith tentang kahwin. Nabi kata, kalau mampu kahwinlah. Kalau tidak mampu, berpuasalah. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai. Tapi, andai benarlah bagai didakwa, perisai itu sudah tidak ada gunanya.
Lantas, membuatkan saya terfikir, di manakah punca masalahnya?

Monday, September 6, 2010

Hari Ke-21: Laila oh Laila

Menjelang 10 hari terakhir bulan Ramadahan, maka semakin meriahlah susasana di masjid-masjid. Tidak kurang juga meriahnya di bazar-bazar Ramadhan. Soalan seperti, "Kau sudah beli baju Raya?" semakin kerap menyinggah telinga membuatkan hati terasa semakin syahdu. Apatah lagi bila diri berada jauh daripada Ummi, Abi dan adik-adik.
Sesekali rakan-rakan mengusik dengan lagu-lagu Raya. Hati merasa bersemangat bila mendengar lagu Dendang Perantau tetapi bertukar syahdu apabila Dari Jauh Kupohon Maaf menerjah gegendang telinga. Namun, apabila lagu Balik Kampung berdendang, semangat itu kembali semula.
Tinggal 10 hari, fikiran hanya mengingatkan 1 tarikh; 1 Syawal. Sayangnya jika hanya satu hari itu sahaja yang kita ingat dan dambakan.
Adakah kita terlupa akan Laila? Di sebalik namanya tersemat seribu nikmat. Nikmat yang berpanjangan untuk 1000 bulan. Soalnya, bilakah akan bertemu? Mungkinkah bertemu?
Ada yang berkata malam ke-27 adalah malamnya. Ada yang berkata pada malam-malam ganjil di dalam 10 malam yang terakhir. Ada yang berkata pada salah satu malam di dalam 10 malam terakhir. Apa jua pendapat dan pengalaman mereka, yang penting, kita mungkin akan bertemu Laila di dalam salah satu malam di dalam bulan Ramadhan. Syaratnya mudah. Kita perlu mencari.
Soalnya, adakah kita mencari? Atau fikiran kita hanya mengingatkan kepada Syawal berbanding Laila?