Cuti sudah disahkan. Tiket kapal terbang juga sudah dibeli. Hanya menunggu masa sahaja untuk pulang ke kampung. Sayangnya, saya terpaksa menunggu beberapa hari setelah hari raya untuk berbuat demikian. Apa boleh dibuat? Beginilah nasib hidup di perantauan.
Setelah pulang daripada kerja, saya merebahkan diri di atas katil. Tergerak pula di hati saya untuk menjengah seketika laman FB saya. Berantai-rantai ucapan selamat hari raya telah saya terima. Ada juga yang menghantar kad raya maya sebagai pengganti diri. Namun, ada suatu kejutan yang telah saya terima.
Adik saya telah menulis pos di dinding FB saya yang mengatakan bahawa mereka sekeluarga akan datang beraya ke sini! Hati saya melonjak-lonjak kegirangan. Lafaz syukur saya lantunkan kepada-Nya kerana mengurniakan kegembiraan di hari raya nanti.
Sungguh, nikmat yang diberi tidak terkira. Nikmat diberi walau tidak diminta. Telapak tangan ditadah agar tidak dijadikan sebagai manusia yang alpa. Menikmati segala pemberian tetapi kufur dengan nikmat-Nya.
Amin.
Ramadhan akhirnya melabuh tirai. Ummi, Abi dan adik-adik telah sampai ke sini dan kami sempat berbuka bersama-sama. Hari yang cukup menggembirakan. Saat yang penuh bermakna. Namun, di sebalik kemenangan itu, hati masih berdebar-debar. Selesai sudah 30 hari Madrasah Ramadhan, namun apa pula keputusannya? Masihkah saya berada di tampuk lama?

No comments:
Post a Comment