Friday, September 17, 2010

Hari Ke-25: Luarbiasanya

Kesibukan yang dialami mendatangkan kepenatan yang tidak terperi. Memang sibuk yang luar biasa. Bermula daripada waktu mengambil alih tugasan sehinggalah kepada menyerahkan tugasan segala tulang-belulang terpaksa dikerah sepenuhnya sehingga ada yang mula mencuka kerana merasai tekanan.
Saya juga tidak terkecuali sehingga ditegur sebelum dimarahi oleh pegawai atasan kerana mengulangi kesilapan yang sama. Apalah nasib?
Namun, bukan itu yang mahu saya ceritakan. Kepenatan, tekanan dan kesibukan adalah lumrah tugasan. Sekali-sekala pasti ada yang terguris. Yang menjadi kegelisahan adalah jumlah orang yang masuk ke dalam tahanan di hujung-hujung bulan Ramadhan ini.
Semalam begini. Hari ini juga begini. Sedih apabila melihat anak bangsa sendiri meringkuk di sebalik jeriji. Namun, apakan daya? Inilah jalan yang mereka pilih.

No comments: