Judul: The Best I Could
Bahasa: Inggeris
Genre: Bukan Fiksyen
Mukasurat: 296
Peratus sudah dibaca: 33.11% (98m/s)
Catatan:-
Saya tertarik untuk membeli buku ini kerana latar belakang penulis sebagai seorang peguambela yang agak terkenal di Singapura. Setiap orang mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan sejarah itu yang membina diri seseorang kepada siapa dirinya sekarang.
Ini merupakan karangan autobiografi ketiga yang pernah saya baca dan yang pertama menjadi bahan komen/kritikan saya.
Saya mendapati bahawa penulis begitu mengenali selok-belok sejarah dirinya. Munculnya antagonis-antagonis seperti Karpal Singh telah menambah warna di dalam autobiografi ini. Tidak saya sangka betapa 'samsengnya' kedua-dua ikon ini sewaktu berada di kampus. Saya mengatakan ikon kerana kedua-dua orang ini mempunyai nama di dalam dunia perundangan. Satu di Malaysia. Satu di Singapura.
Di sebalik menggambarkan dirinya sebagai hero, penulis juga pandai mengesampingkan biasan negatif ke atas 'musuh-musuhnya' dengan memuji mereka. Sebahagian mereka, seperti Karpal Singh telah menjadi salah seorang rakan baiknya.
Setakat ini saya sudah membaca sehingga ke peringkat di mana dia telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kongsi gelap. Dia mendakwa arahan tahanan itu dilakukan untuk menghalang tugasnya sebagai seorang peguam di dalam satu kes jenayah di mana penulis sedang mengumpul bukti terhadap pegawai penyiasat kes tersebut.
Satu konspirasi....huuuu, tidak sabar rasanya untuk mengetahui kisah selanjutnya...
No comments:
Post a Comment