Wednesday, October 14, 2009

Yang Terbaik Yang Boleh Aku Buat (Bhg 4)

Dibaca:- m/s254-296
Peratus dibaca:- 100%
Tempoh dibaca:- 1 hari

Catatan:-

Di dalam 4 bab terakhir di dalam buku ini, penulis berkongsi pengalamannya bersama-sama J.B Jayaretnam, Franscis Seoh dan juga David Marshall. Di dalam bab-bab ini, terdapat kisah tersirat tentang apa yang berlaku apabila terdapat campurtangan politik di dalam sistem perundangan. Penulis tidak menyatakan secara terang-terangan tetapi dia cuba mengajak penulis supaya berfikir sejenak.
Tidak mengejutkan, bab yang paling menyentuh hati adalah bab yang terakhir. Membaca bab tersebut seolah-olah saya berada di sisi penulis dan mendengarnya bercerita ibarat seorang datuk mengimbau kegemilangan zaman muda. Ia juga menggambarkan transisi hidupnya daripada seorang yang begitu rebelius dan cemerkap sewaktu muda kepada seorang yang mula dirundung penyesalan terhadap impiannya yang belum sepenuhnya tercapai.
Akhirnya, kita harus menerima hakikat bahawa dunia ini memang tidak sempurna, tetapi kitalah yang menyempurnakan dunia ini...

No comments: