Peratus dibaca setakat ini:- 43.24%
Catatan:-
Terkandung di dalam 2 bab yang baru saya baca ini; PRISON dan PRISON INTERMEDIARY, kisah tentang apa yang dilalui oleh penulis sewaktu dipenjarakan di Pusat Tahanan Reman Queenstown. Pada mulanya, penulis dilayan sebagaimana tahanan-tahanan lain tetapi apabila mengetahui kedudukannya, layanan berubah lebih baik sama ada daripada pihak berkuasa ataupun dari kalangan tahanan yang lain.
Di dalam pusat tahanan tersebut, penulis telah membina reputasi sebagai pengantara di antara pihak berkuasa dengan tahanan dan juga sesama tahanan. Rputasi tidak diundang ini datang kerana latar belakang dirinya yang kononnya ketua kumpulan satu kongsi gelap yang amat digeruni ketika itu.
Berdasarkan apa yang ditulis, saya mendapati bahawa penulis agak berterus-terang tentang dirinya. Saya juga menemui bahawa pendapatnya tentang ISA adalah suatu yang ironi. Ini adalah kerana walaupun ditahan di bawah akta yang sama, penulis tidak bersetuju dengan pemansuhan akta tersebut. Alasan yang diberi cukup mudah; “Through conversations with prisoners like him, I found that many of them were actually guilty of the offences they were alleged to have committed (m/s 125, perenggan 1, baris 1-3). " Pendirian ini bagaimanapun bersyarat iaitu terdapat cukup perlindungan untuk mencegah peruntukan undang-undang tersebut daripada salah guna.
Satu lagi kisah menarik yang boleh diambil iktibar adalah kisah 2 orang cikgu, Ricky, Danny dan Ah Lek. Kelima-lima mereka ini terlibat di dalam suatu jenayah yang agak kompleks di mana mereka saling mempergunakan diri masing-masing. Salah seorang daripada cikgu tersebut telah ditahan sekali lagi untuk kesalahan yang lain. Secara kebetulan, penulis telah dilantik untuk mewakili cikgu tersebut. Di dalam kes itu, cikgu tersebut telah meminta penulis supaya merayu kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman mati ke atasnya sedangkan kesalahan yang dilakukan tidak memperuntukkan mati sebagai hukuman.
Kartika bukan yang pertama meminta hukuman lebih berat. (Bersambung...)
No comments:
Post a Comment