Wednesday, April 14, 2010

Jalan2 Cari Masjid (Singapura)-Episod Pengenalan


Kalau di Malaysia, masjid bersepah-sepah di sana sini. Kalau tiada masjid pun, masih ada surau/musolla di tepi-tepi jalan, shopping centre ataupun stesen petrol sebagai tempat untuk menunaikan kewajipan lima waktu. Cukup mudah tapi masih susah nak ditunaikan.

Bagaimanapun, berbeza dengan Singapura, tiada surau/musolla di tempat membeli-belah. Stesen petrol pun jangan harapla.. Maka ini dijadikan alasan untuk tidak menunaikan solat pada waktunya. Saya mendapati semua itu tidak benar. Sebenarnya, kebanyakan masjid-masjid di Singapura terletak di tempat yang cukup strategik. Soalnya, mahu atau tidak?

Oleh yang demikian, saya telah memulakan jelajah saya ke negara yang sekangkang kera ini untuk mencari masjid-masjid dan memberi input sedaya yang mungkin sebagai kemudahan kepada Muslim yang MAHU solat.
Jadi, enjoy!

No comments: