Kekasih...atau mata air sebagaimana digelar oleh rakyat Singapura bagi menggambarkan si dia yang tersayang. Sehairi tidak bertemu, hati sudah resah. Sehari tidak mendengar suaranya, diri mulai gelisah. Bagaimanapun, saya bukan mahu bercakap tentang 'kekasih' itu.
Semenjak berada di sini, kadang-kadang saya menghadapi masalah untuk menghadiri 'date' bersama Kekasih yang telah dijadualkan semenjak 1500 tahun dahulu. Saya cuba menyalahkan sistem yang ada di sini yang kurang memahami keperluan rohani seorang muslim. Namun, semakin banyak saya cuba menuding jari ke arah yang lain, saya tetap tidak dapat menafikan segala-galanya bermula dengan keberanian kita untuk menyuarakan hak kita sebagai seorang muslim.
Di Rumah Kekasih, saya muhasabah diri. Di mana keberanian Saidina Umar R.A tatkala menyuarakan keimanannya di khalayak penduduk Mekah? Di mana keberanian Saidina Abu Bakar yang membenarkan setiap kata-kata Muhammad S.A.W tatkala yang lain-lain berpandangan sinis terhadap kebenaran tersebut? Mengapa keberanian itu tiada pada saya? Bukannya saya mahu menggunakan keberanian itu untuk memudaratkan orang lain. Saya cuma perlukan keberanian itu untuk membawa manfaat kepada diri saya dan seterusnya jika diizin Tuhan kepada orang lain.
Di Rumah Kekasih, aku mencari jawapan. Di Rumah Kekasih, saya menunggu jawapan...
2 comments:
ni gambar masjid ghufran kan?
ada ikhwah kita, Ust Jamal and the gang kat situ, kan Imad kan :)
ana pegi sana melawat ust jamal dulu. kalau anta jumpa dia sampaikan slm ana ya.
btw, anta menetap di sana ke skrg?ke tgh national service?
yup!
setakat ni belum jmpa lagi ust jamal. sekarang ana tgh national service. i'Allah, kalau jmpa ana akan sampaikan salam anta pada dia.
Post a Comment