Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: PTS Publications Sdn. Bhd
Tahun: 2009
M/surat: 313
Bahasa: Melayu
Komen:
Tema
Apabila saya membaca sinopsis novel ini, saya menjadi tertarik. Tema novel ini cukup mudah: Konspirasi perang yang melibatkan tiga buah negara, Filipina, Malaysia dan Singapura. Wow, dekatnya!
Jalan Cerita
Jalan cerita buku ini agak perlahan dengan penulis cuba membina karakter dan latarbelakang watak-watak utama di dalam cerita.
Watak Utama
Saya percaya, penulis cuba menonjolkan Arman sebagai watak utama di dalam cerita ini berdasarkan blurp yang tercatat pada kulit buku itu. Bagaimanapun, kemunculan Arman terlalu terbatas dan karakternya belum benar-benar menunjukkan kesan yang agak signifikan di dalam cerita. Sebagai protagonist utama, sepatutnya ada sesuatu yang ‘luarbiasa’ yang boleh ditonjolkan di dalam watak Arman. Apa yang saya lihat pada Amran adalah seorang usahawan yang biasa-biasa sahaja yang terperangkap di dalam konflik tersebut. Dia kelihatan lebih seperti mangsa daripada seorang hero. Mungkin keperwiraan Arman hanya akan tertonjol di dalam konklusi cerita ini di dalam buku kedua nanti. Strategi yang baik oleh penerbit!
Haus
Bagaimanapun, sebagai pembaca yang hauskan novel genre thriller Melayu, saya tidak rasakan karya ini sebagai sesuatu yang mengecewakan. Perlahan…mungkin, tapi tetap tidak mengecewakan. Konspirasi politik dan penggunaan perang sebagai alat untuk mencapai memenuhi kemahuan untuk berkuasa merupakan suatu tema yang cukup berani digunapakai oleh penulis. Saya kagumi keberanian penulis ini di dalam menonjolkan idea yang sedemikian.
Secara keseluruhannya...
Sebagai naskhah individu, 3 daripada 5 bintang. Bagaimanapun, memandangkan ceritanya belum lengkap, saya menangguhkan penillaian mutlak saya sehingga saya habis membaca sambungan yang juga penamat cerita iaitu Kudeta Klimaks.
No comments:
Post a Comment