Bangunan usang itu dibayangi rimbunan flat HDB dan juga bangunan-banguan komersial yang ada di sekelilingnya. Pemandangan itu kelihatan cukup janggal. Jalan utama dipenuhi dengan deretan kedai-kedai dan juga kelab-kelab malam. Pasti janggal sekiranya didengari kumandang azan apabila tiba waktunya. Bagaimana pula keadaannya tika tiba Ramadahan?
Begitulah ironinya kedudukan masjid yang bakal saya tampilkan di sini. Diberi nama Masjid Kampung Holland, nama itu sudah cukup menggambarkan kejanggalan yang menyertai.
Saya tidak tahu sudah berapa lama masjid ini berdiri teguh di situ di celah-celah arus pembangunan yang rakus mengikis adat dan jatidiri penghuni di sekelilingnya. Andai masjid itu mampu bersuara, pasti masjid itu meraung. Kenapa kamu menjawab laungan muzik yang membingit di pub-pub tetapi tidak azanku? Mengapa suaraku tidak mencapai hati-hati kamu?
Dikatakan masjid ini dekat di hati kerana masjid ini terletak berdekatan dengan Holland Avenue, tempat di mana saya pernah menghabiskan waktu-waktu kecil saya bersama arwah nenek. Di sini jugalah tempat kami sekeluarga menginap setiap kali pulang ke Singapura. Masih saya ingat, apabila tiba hari raya ataupun hari Jumaat, saya, Abi dan adik-adik akan berjalan bersama-sama menuju ke masjid tersebut sambil berkongsi cerita. Selepas solat, kadang-kadang, kami akan singgah di Holland Shopping Centre untuk membeli sesuatu atau sekadar mencuci mata.
Masjid Kampung Holland… Dahulu aku lihat kenangan. Sekarang aku lihat derita. Namun, semakin engkau derita, semakin engkau gagah berdiri di situ tanpa mempedulikan arus pembangunan yang menghakis adat dan jatidiri. Engkau tetap bertahan kerana engkau pasti, suatu hari nanti, jiwa-jiwa yang kosong pasti mencari dan menemui. Di saat itu, engkau sudah sedia menanti…
Kemudahan sudah ada, kenapa kufur dengan nikmat yang dikurnia? Jumpa lagi di episod akan datang… kalau kali ini dekat di hati, akan datang dekat di mata pula.

No comments:
Post a Comment