Wednesday, September 16, 2009

Hobi Baru

Baru-baru ini saya telah menemui sesuatu untuk mengisi masa lapang saya; mengumpul keratan akhbar yang saya rasakan menarik untuk disimpan dan dibaca. Bagaimanapun, saya tidak sekadar memotong keratan-keratan akhbar tersebut dan menampalnya pada kertas A4 dan kemudian disusun di dalam fail.
Dengan keratan akhbar itu, saya telah memulakan Diari Kajian (Research Diary). Diari tersebut saya kepilkan bersama-sama keratan akhbar yang telah saya tampal pada kertas A4. Setakat ini, hanya akhbar The New Paper, Berita Harian dan The Straits Time yang menjadi mangsa gunting kontot saya. Tidak menghairankan apabila kebanyakan topik yang diambil adalah berkaitan dengan undang-undang.
Tujuan saya membuat diari ini adalah untuk memudahkan kajian saya pada masa akan datang. Manalah tahu, boleh diguna untuk projek penulisan seterusnya. Atau mungkin boleh dimanfaatkan apabila saya menempuh kerjaya saya nanti. Atau mungkin boleh saya gunakan sebagai bahan sekiranya saya memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana pula (Mungkin sampai phD..hmmm).
Sekurang-kurangnya, tidaklah otak saya ini beku sementara menunggu tamatnya khidmat negara saya nanti.

1 comment:

YoshaMaDa said...

SalaAm..

Nampaknya kegilaan saya bukan hanya saya yang ada. Kumpul keratan akhbar sampai jadi macam bukit, secara tak sengaja dah terdidik dalam diri. Tapi usaha membacanya agak kurang sebab terlalu banyak bahan yang hendak dibaca dalam masa yang sama.

Beberapa minggu lalu tamat membaca Keraguan Munasabah. Tertarik dengan kaedah penulisan saudara. Berbeza dengan stail Arjuna Jiwa. Macam tak percaya dua buku itu ditulis orang yang sama.