Friday, May 6, 2011

The Untold Story of A Mu'allim: MASMA (Part 3)



They said it was melancholic. He could only smile cynically to himself. He knew the truth better.


He tried to be sincere in his words but he knew only God could judge that. The prayer was uttered. He chose his mother tongue to form the primary parts of the doa. He raised his hand. He began with basmalah and salawat to his beloved Prophet (PBUH). And then he said...


" Ya Allah Ya Tuhan Kami, Tuhan Sekalian Makhluk, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dengan Rahmat dan KeredhaanMu, ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa sekalian orang-orang yang beriman. Limpahilah nur dan hidayahMu agar kami tetap di dalam kembara menuju syurgaMu. Agar kami tidak tersesat. Agar kami tidak tersimpang. Agar kami tidak tercampak ke dalam kehinaan dan kemurkaan.

Ya Allah Yang Memperkenan Segala Doa

Kami tadahkan tangan kami dengan harapan dan penuh keyakinan. Kau permudahkanlah segala urusan yang kami rancangkan. Kau cekalkan hati-hati kami dalam mencapai segala yang kami cita-citakan. Kau hindarkan kami daripada segala halangan dan rintangan. Kau jadikanlah kami redha dan menerima segala yang Engkau tentukan. Kau bersihkanlah jiwa kami dari segala sifat yang membawa kebencian dan permusuhan. Kau eratkanlah hati kami dalam usaha meletakkan Islam agama yang diagungkan.

Yang Allah Yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya

Kami ini sangat lemah. Berilah kami kekuatan. Kami ini sangat keras, Berilah kami kelunakan. Kami ini sangat bakhil, berilah kami sifat kedermawanan.

Ya Allah

Kau janganlah jadikan dunia cita-cita kami yang utama. Dan janganlah jadikan orang-orang yang zalim sebagai penguasa kami.

Ya Allah Ya Tuhan,

Seandainya ada kebaikan di dalam usaha kecil kami ini, Kau terimalah amalan kami yang secebis ini. Jauhilah kami daripada sifat riya’, ‘ujub dan takabbur. Lindungilah kami daripada berasa puas dengan amalan yang sedikit ini. Limpahilah jiwa-jiwa kami dengan kesungguhan, kesabaran dan ketabahan untuk terus menggali dan menggali dan menemui kepingan-kepingan rahmat dan keredhaanMu untuk kami jadikan bekalan apabila menemuiMu kelak Ya Allah.

Seandainya usaha kami ini masih kurang Ya Allah, bantulah kami untuk melakukan pembaikan. Agar lompong-lompong itu tidak lagi mencacatkan. Lindungilah kami daripada sangka buruk, dengki dan busuk hati. Buangkanlah titik-titik hitam itu daripada hati kami. Sesungguhnya sangkaan-sangkaan tidak mempunyai nilai apa-apa terhadap kebenaran. Kerana sangkaan-sangkaan itu akan menggelapkan hati-hati kami. Supaya kami tidak tersesat dan terjunam ke dalam Jahannam.

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kami yakin kebenaran akan mengatasi kejahilan. Sebagaimana yang telah kau tunjukkan pada generasi-generasi terdahulu. Dan kami yakin bahawa generasi akan datang juga akan terus memikul amanah ini.

Ya Allah Ya Rabb Al-Malik Al-Quddus As-Salaam Al-Mukmin Al Muhaimin Al-Jabbaar Al-Mutakabbir

Kukuhkanlah institusi Al-Amin Bangi dengan dasar takwa. Suburilah ia dengan baja iman. Kembangkanlah ia dengan pohonan tawadhu’. Tumbuhilah pohonannya dengan putera-puteri yang berjiwa secerah matahari di tengah hari. Hiasilah ia dengan bunga-bungaan mahabbah dan aroma ukhuwwah.

Ya Allah Yang Maha Mengetahui Segala Rahsia dan Yang Nyata

Kami merayu dengan rendah hati dan kelemahan kami. Janganlah kau hina kami kerana dosa yang kami lakukan. Janganlah kau biarkan kami di dalam keadaan kebingungan dan meraba-raba di dalam kegelapan kejahilan. Sinarilah akal kami dengan makrifah dan ilmu pengetahuan. Siramilah jiwa kami Ya Allah dengan sifat takwa dan istiqamah. Balutilah jasad kami dengan kesihatan dan kesejahteraan. Berkatilah rezeki kami yang telah kau kurniakan. Peliharalah kami dan keluarga kami dari segala fitnah dunia dan cubaan.

Ya Allah kami hanya mampu memohon kepadaMu. Dan Kaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk menentukan apa yang terbaik buat kami."

May Allah hear his prayer.

No comments: